Tuesday, 25 January 2011

Enam Perkara

Enam perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1:Iman yg mantap
2:Wajah yang cantik
3:Duit yang banyak
4:Kesihatan yang baik
5:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
6:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari. Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat ) '

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'Surah Al-Baqarah ayat 286 sama2 kita berusaha utk mendapatkan nya
.
Enam perkara diatas amatlah diinginkan oleh setiap insan yang bergelar manusia.tp hendaklah kita berpegang dengan Firman ALLAH ni:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.Al-Baqarah:216

1 comment: